Amirah menangis menggigil gigil sebab nipplenya terlalu sakit.Saya nak tolong macam mana?? Tapi tolongkan lah jugak.Beli nipple shield.Masa berpantang memang la kena pantang betul betul.Jangan minum ais! itu yang paling penting. Pati ikan haruan memang kena jadi amalan sebab operation.luka dalaman kita tak tau berapa besar.Baju panas dengan stokin jangan tak pakai.Memang tak nampak kesannya sekarang,tapi bila dah meningkat umur nanti,macam macam sakit datang.
Wednesday, September 15, 2010
Berpantang....
Saturday, August 21, 2010
Mengembara di Malaysia
Tapi dalam entry ni saja la nak cerita satu tempat makan mee udang yang tak kurang hebatnya yang terletak di Cangkat Jering.Mee udang Nur Zetty. Ahmad masa baby suka terliur je air liurnya...So maknya pun bagitaulah kat saya yang dia teringin nak makan mee udang masa pregnant,tapi tak dapat.Sebab tu agaknya Ahmad meleleh je air liurnya.
Pandangan dari luar
Tempat kedua yang Ahmad pergi ialah Bandaraya Johor Baru.Time ni Mamanya kena out station di JB sebab tu kitorang pun plan terus lepak je kat JB.Lepas mama kursus,kita leh jalan jalan.Time ni mencabar jugak.Ahmad berdua je dengan saya dalam keta sebab mama dah gi dulu dengan bos dan kawan kawan yang lain sebab kursusnya start pagi.
rehat di Hotel Grand Paragon
Lepas 2 hari menginap di Grand Paragon,Kitorang check in dekat Naza Taliya Hotel,Stulang Laut.then jenjalan dekat Stulang.Best gak gi JB sebab first time dan main redah je...hehe
bergambar sebelum check out di Naza Taliya
Negeri ketiga yang Ahmad Raif menjelajah ialah Negeri Sembilan.Time ni uncle Sky(Shahrul) kawen.Umah uncle Shahrul dekat Ampangan,Seremban.Kawen jugak akhirnya lelaki idaman Malaya ni.Uncle Shahrul ni kawan baik saya.Dia jugaklah yang kenalkan saya dengan mama yang comel ni.Isteri uncle Shahrul pun cantik tapi tak dapat nak chelen mama.jap...mana gambarnya.. Shahrul jadi pengantin baru
Masa umur Ahmad 7 bulan sekali lagi Ahmad ke salah sebuah tempat di Negeri Sembilan iaitu di Port Dikson.Time ni opis mama ada buat family day dan outing.Time ni meriah sangat.Saya dapat hadiah pinggan mangkuk dari Opis mama dan hamper.Saya akan story panjang lebar pasal Port Dikson ni dalam entry lain
Negeri seterusnya yang Ahmad Raif dah pergi ialah Pulau Pinang.Time ni Amar kawen. Amar ni kawan baik abang sulung saya masa dorang belajar kat UUM dulu.Keluarga uncle Amar ni kira dah rapat la dengan abang saya ni
Amar dan kami sekeluarga bergambar kenangan
Tempat seterusnya yang Ahmad dah gi ialah Langkawi di negeri Kedah.Tempat perlancongan yang terkenal.Time ni keluarga kita buat Family Day.Semua adik beradik saya ada.Saya bawa jugak opah Kuala.Sama sama hepi jenjalan kat Langkawi.Banyak tempat kat sana yang kami gi.Best memang best.Rasa tak cukup je 4 hari..
kenangan indah di Pulau Langkawi
Akan datang banyak lagi tempat tempat yang menarik yang akan saya kongsikan supaya sedikit sebanyak menjadi panduan pada rakan rakan semua.
Monday, July 12, 2010
Aktiviti rutin hari berkerja
Selalunya 1.10 saya akan keluar dari sekolah untuk ke gerai makan yang jaraknya 10 minit perjalanan untuk makan bersama isteri tercinta.Pejabat tempat isteri berkerja tak jauh dari sekolah.Perkara ni saya dah amalkan sekian lama sejak dari zaman bercinta.Walaupun saya berkerja sebagai pum attendant di Gombak satu ketika dulu,saya tetap akan merempit ke Taman Dagang Ampang untuk makan tengahari bersama makwe saya(isteri saya sekarang la..)Lepas makan,vrooom vroomm saya gerak semula ke Gombak untuk sambung kerja.Hari hari macam tu.Time makan yang limited ni kami gunakan untuk bersembang sembang.selalunya sembang sifar je.Taknak serius sangat.Isteri saya pun bukan jenis yang suka ngadu domba.Kalau boleh semuanya tentang kerja dia settle sendiri.Menang sikap dia macam tu.
Lepas makan saya berjalan balik kesekolah dan bersolat zohor.Time zohor ramai cikgu cikgu yang miss.Saya dah melantik secara rasmi pembantu pengurusan murid saya sebagai tukang "bising" kalau saya terleka untuk solat.Di sekolah mereka paling rapat,apa salahnya sesekali kena bebel free.
Lepas solat,saya google sekejap di internet.baca la pape yang patut.Pastu start keta,menuju rumah mak saya yang terletak 30 minit perjalanan dari sekolah.Anak saya Ahmad Raif Idlan,mak saya yang tolong jaga.Di samping dapat tengok anak,dapat la jugak pahala tengok muka mak.Dekat rumah mak,biasanya mak suruh makan tengahari.Ada sajalah lauk lauk simple yang mak dah masak.Selalunya saya kata,"angah dah makan dengan amirah".Mak ok je.Kalu tiba rumah mak,biasanya Ahmad Raif tengah tido,bila saya jengah je pintu bilik mak,bergerak geraklah badan Ahmad Raif.Dia cium bau babahnya la tu.kekadang bila dah gerak,mak tepok tepok peha Ahmad,Ahmad tido balik tapi selalunya terus je bukak mata,then babahnya la terus angkat dia.
Main main dengan anak,guling guling,angkat anak bawa jalan gi tengok ikan dekat akuarium mak,buat susu anak kalau anak dah merengek nak minum adalah rutin saya bila kat rumah mak.Kenalah sabar dalam membesarkan anak.Ibu bapa kita dulu macam tu jugak.Lagilah pulak,time tu serba serbi dalam kekurangan.Tak dapat dibayangkan...
Bila memain memain tu,dengar lah bilal azan.Menandakan dah masuk waktu asar.Saya bersiap sedialah untuk solat.Bestnya kalau dapat solah di surau.(Tanam Azam...) Klau nak buat boleh je kan?
Lepas solat,prepare nak ambil isteri di pejabat yang jaraknya 30 minit dari rumah mak.Isteri balik jam 6 Petang.5.30 saya dah mulakan perjalanan.Macam tu lah tiap tiap hari berkerja.Niatnya hanya satu,untuk membentuk keluarga bahagia.dapat luangkan masa dengan isteri,mak dan juga anak dalam satu hari.Penat memang penat tapi kemanisannya ada.KESABARAN AMAT PERLU dalam kita melakukan perkara perkara yang menuju ke arah pembinaan rumah tangga.Kalu tak sabar...Tak taulah.
Sampai je opis isteri,kekadang kenalah tunggu 10 minit sebab ada kerja yang perlu isteri selesaikan.Tu normal lah orang kerja swasta.Bila isteri dah ada bersama dalam kereta,kitorang pun sembanglah sepanjang jalan tentang apa saje sampailah tiba di rumak mak saya.Bestkan? Harap harapnya diberikan oleh Allah kesihatan yang baik agar dapat membentuk keluarga bahagia.Sampai dirumah sendiri yang letaknya kira kira 7 minit perjalanan dari rumah mak,dah pukul 8 malam.Kalau tak makan kat rumah mak,saya belilah bahan bahan untuk buat bihun sup untuk makanan saya dan isteri pada waktu malam.Lepas makan,prepare barang barang anak untuk bekal ke rumah mak.Seluar,pampers,botol susu,wet tissue dan lain lain.Bukan tak nak tinggalkan kat rumah mak,tapi saya selesa angkut semua benda benda tu.Taklah menyesakkan rumah mak yang dah sediakala "sesak" dengan perabot dan barang barang.Lepas solat isya...tido..
Anak dan Handphone
Ahmad Idlan sekarang dah 6 bulan plus.25 haribulan nanti 7 bulan,cepat sangat masa berlari.Dalam tempoh enam bulan ni,banyak lah perubahan yang dapat babah lihat pada Ahmad Idlan.Perubahan biasalah bagi bayi seusianya,Alhamdulillah.Saya suka juga share share dengan kawan kawan dan dorang kata perkembangan bayi perlu dirangsang.Bila lalu dekat carefore saya ternampaklah handphone mainan yang boleh bunyi-bunyi.So saya bincangkan perkara ni pada mama then mama pun bersetujulah untuk belikan Ahmad handphone tu
Apa yang menjadi kekuatan babah sekarang ialah semangat mama untuk mengepam susu 7 ke 8 kali sehari dan setiap kali seisi pum ialah 15 minit.Bersemangat sungguh nak bagi Ahmad susu terbaik di dunia.SUSU IBU.Babah tak pernah rasa jemu untuk membantu mama membasuh botol susu yang dah kosong sebab Ahmad dah minum,masak bubur kalau mama mengantuk sangat(selalunya mama lah buat...) dan adalah 1 2 perkara yang rutin yanag lain.
Susu ibu sangat sempurna.bukan takat DHA atau apa pun AAA yang dok di gembar gemburkan oleh susu formula,susu ibu ada lebih dari itu.Ahmad akan menjadi anak yang bijak Insya Allah.babah doakan dan begitu juga orang orang yang sayangkan Ahmad,mendoakan yang sama..
Kepada yang rasa susah untuk menyusukan anak dengan susu ibu,babah doakan agar mereka bersemangat macam mama.tak dapat bagi full pun takpe70% susu ibu 30% susu formula pun dah kira baik bagi babah.Kadang kadang dorang ada masalah here and there...Apapun babah doakan agar mama sihat,anak babah sihat,babah sihat,opah pun sihat supaya kita menjadi hamba Allah yang sihat.Amin
Sunday, June 6, 2010
Saat Ahmad Raif Idlan dilahirkan
Check in di hospital Melaka.Kata kata semangat jangan kita lupakan.Memang perasaan takut dan macam macam lagi perasaan yang lain bercampur baur.Jangan dipandang mudah.Saya kemaskan katilnya,letak kan segala barang barang dan pakaian nya di dalam lorker.Buat dengan ikhlas..manalah tahu,pada saat kelahiran itu,isteri tersayang tidak ada lagi di dunia.Taklah kita menyesal sebab tidah melayan isteri sehabis baik.
Soal melayan isteri ni memang ada kalanya orang lain menyampah tengok.tapi saya percaya bahawa nabi kita sendiri terlalu lembut dan melayan isteri isterinya cuma kita ni orang Melayu tak selesa nak layan isteri lebih lebih.
Ikut ajaran Islam.Islam dah bagi garis panduan bagaimana melayan isteri.Kena rajin baca buku tau.Berbalik pada cerita tadi...
Hari Rabu petang check in,doktor suruh rehat2 je.Saya mintak izin dengan isteri nak balik rumah jam 7.00 malam.
Keesokkannya hari Khamis pegi pagi lagi Isteri dah msg."bang mama dah kena tolak ke labour room..first induce jam 700 pagi". Terus bergegas aku ke hospital.Sah sahla tak boleh jumpa isteri sebab dah kena tolak g labour room.Sampai di hospital isteri dah masuk labour room.Tak boleh nak jumpa dah
Masa berlalu,tak sedar dah pukul 2 petang.Isteri dapat kebenaran keluar sekejap untuk jumpa suami.handphone tak dibenarkan dibawa masuk.Suka isteri tengok muka saya."tak sakit lagi bang".tu yang isteri bagitau.lepas sembang lebih kurang,isteri masuk semula.
Selepas solat saya tunggu lagi depan labour room...doa doa semoga dipermudahkan kelahiran...sedar tak sedar dah pukul 11 malam...Jam 2 pagi saya cari port nak luruskan pinggang.terlelap jugak akhirnya..
Tiba tiba"Suami Pn Amirah binti Abu Kassim sial masuk."tegas gak suara nurse ni.maklumla nak kejutkan yang sedang tidur.Bingkas saya bangun.Tengok jam ditangan jam 5 pagi.Masuk labour room,saarung pakaian,pakai tag,saya pun dibawa berjumpa isteri.Kesian tengok isteri.Sakit sangat katanya.tapi bukaan nya baru 3 cm.
Entah kenapa menggigil sangat badan saya.macam baru keluar peti ais.gigi terketap2.nak kata bilik tu sejuk sangat tak la jugak.Terperanjat kot.Doktor yang datang ke katil cuba bantu untuk membuka laluan sambil monitor jantung baby.Bukaan bertambah 4 cm tapi jantung baby dah tak betul denyutannya.Doktor nasihatkan supaya operation.
Selepas tandatangan surat kebenaran,isteri dibawa ke operation room.jam dah pukul 6 pagi.Saya kesurau untuk solat subuh dalam masa yang sama isteri berada di operation room.
Selepas solat,saya berjalan untuk menuju ke depan bilik operation.Bertembung dengan doktor yang menyambut bayi anakku."dah selamat cikgu" itulah kata keramat yang memberikan senyuman yang tak lekang.rasa nak melompat pun ada tapi control...control..
25 haribulan 12 2009 hari Jumaat jam 6.25 pagi Ahmad Raif Idlan selamat dilahirkan...Syukur kepada Allah.Allahu akbar!!!
Bermula perjalanan...
Kepada ayah ayah di luar sana,saya ucapkan syabas dan tahniah kerana telah melalui pengalaman bergelar ayah.TABIK untuk anda.
Sebagaimana barunya saya dalam bidang bloger ni,begitu jugalah barunya saya menjadi ayah kepada Ahmad Raif Idlan.Segalanya perlu banyak bacaan,kajian,pertanyaan dan perkongsian tantang bagaimana membesar dan mendidik anak.
Ramai nama nama rakan yang akan saya abadikan dalam blog saya ini yang telah bayak membantu dalam perbagai espek sepanjang saya bergelar BABAH AHMAD RAIF.
bestnya menulis...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu,Hajjah Che Nah binti Ismail yang telah membesarkan dan mendidik saya sehingga berjaya pada hari ini.Kepada Isteri tersayang Amirah Binti Abu Kassim,terima kasih kerana melahirkan Ahmad Raif Idlan yang comel.Abnag akan berusaha sedaya mampu untuk membantu mama dalam segala urusan.
Setakat nmi dululah ye untuk introduction.Ada banyak lagi topik nak cerita...kita jumpa esok ye..