Powered By Blogger

Sunday, June 6, 2010

Saat Ahmad Raif Idlan dilahirkan

Terlalu banyak memori yang berlegar di kepala.Tak tahu nak susun macam mana.Ok la saya starting macam ni...setelah genap 40 minggu isteriku mengendong Ahmad Raif Idlan di dalam perutnya,pada hari Rabu 23 haribulan 12 2009 isteriku di kehendaki check in masuk ward.Sebenarnya pada waktu tu tak de pun rasa nak melahirkan.Tapi disebabkan ada sejarah kencing manis disebelah bapa mertuaku,maka doktor nasihatkan Isteriku masuk ward pada 23 haribulan tu.So Isteriku check in lah...

Check in di hospital Melaka.Kata kata semangat jangan kita lupakan.Memang perasaan takut dan macam macam lagi perasaan yang lain bercampur baur.Jangan dipandang mudah.Saya kemaskan katilnya,letak kan segala barang barang dan pakaian nya di dalam lorker.Buat dengan ikhlas..manalah tahu,pada saat kelahiran itu,isteri tersayang tidak ada lagi di dunia.Taklah kita menyesal sebab tidah melayan isteri sehabis baik.

Soal melayan isteri ni memang ada kalanya orang lain menyampah tengok.tapi saya percaya bahawa nabi kita sendiri terlalu lembut dan melayan isteri isterinya cuma kita ni orang Melayu tak selesa nak layan isteri lebih lebih.

Ikut ajaran Islam.Islam dah bagi garis panduan bagaimana melayan isteri.Kena rajin baca buku tau.Berbalik pada cerita tadi...

Hari Rabu petang check in,doktor suruh rehat2 je.Saya mintak izin dengan isteri nak balik rumah jam 7.00 malam.

Keesokkannya hari Khamis pegi pagi lagi Isteri dah msg."bang mama dah kena tolak ke labour room..first induce jam 700 pagi". Terus bergegas aku ke hospital.Sah sahla tak boleh jumpa isteri sebab dah kena tolak g labour room.Sampai di hospital isteri dah masuk labour room.Tak boleh nak jumpa dah


Masa berlalu,tak sedar dah pukul 2 petang.Isteri dapat kebenaran keluar sekejap untuk jumpa suami.handphone tak dibenarkan dibawa masuk.Suka isteri tengok muka saya."tak sakit lagi bang".tu yang isteri bagitau.lepas sembang lebih kurang,isteri masuk semula.


Selepas solat saya tunggu lagi depan labour room...doa doa semoga dipermudahkan kelahiran...sedar tak sedar dah pukul 11 malam...Jam 2 pagi saya cari port nak luruskan pinggang.terlelap jugak akhirnya..


Tiba tiba"Suami Pn Amirah binti Abu Kassim sial masuk."tegas gak suara nurse ni.maklumla nak kejutkan yang sedang tidur.Bingkas saya bangun.Tengok jam ditangan jam 5 pagi.Masuk labour room,saarung pakaian,pakai tag,saya pun dibawa berjumpa isteri.Kesian tengok isteri.Sakit sangat katanya.tapi bukaan nya baru 3 cm.


Entah kenapa menggigil sangat badan saya.macam baru keluar peti ais.gigi terketap2.nak kata bilik tu sejuk sangat tak la jugak.Terperanjat kot.Doktor yang datang ke katil cuba bantu untuk membuka laluan sambil monitor jantung baby.Bukaan bertambah 4 cm tapi jantung baby dah tak betul denyutannya.Doktor nasihatkan supaya operation.


Selepas tandatangan surat kebenaran,isteri dibawa ke operation room.jam dah pukul 6 pagi.Saya kesurau untuk solat subuh dalam masa yang sama isteri berada di operation room.


Selepas solat,saya berjalan untuk menuju ke depan bilik operation.Bertembung dengan doktor yang menyambut bayi anakku."dah selamat cikgu" itulah kata keramat yang memberikan senyuman yang tak lekang.rasa nak melompat pun ada tapi control...control..


25 haribulan 12 2009 hari Jumaat jam 6.25 pagi Ahmad Raif Idlan selamat dilahirkan...Syukur kepada Allah.Allahu akbar!!!









Bermula perjalanan...

Assalamualaikum semua...Salam sejahtera pada yang bukan Islam.Sememangnya minat saya menulis...tapi kekangan masa membantutkan impian.Setelah memerhati betapa diluar sana ada yang lebih sibuk,sempat juga mencoretkan sesuatu,makanya saya berusahalah agar ada coretan yang saya postkan kepada anda semua tentang pengalaman saya bergelar ayah.

Kepada ayah ayah di luar sana,saya ucapkan syabas dan tahniah kerana telah melalui pengalaman bergelar ayah.TABIK untuk anda.

Sebagaimana barunya saya dalam bidang bloger ni,begitu jugalah barunya saya menjadi ayah kepada Ahmad Raif Idlan.Segalanya perlu banyak bacaan,kajian,pertanyaan dan perkongsian tantang bagaimana membesar dan mendidik anak.

Ramai nama nama rakan yang akan saya abadikan dalam blog saya ini yang telah bayak membantu dalam perbagai espek sepanjang saya bergelar BABAH AHMAD RAIF.

bestnya menulis...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu,Hajjah Che Nah binti Ismail yang telah membesarkan dan mendidik saya sehingga berjaya pada hari ini.Kepada Isteri tersayang Amirah Binti Abu Kassim,terima kasih kerana melahirkan Ahmad Raif Idlan yang comel.Abnag akan berusaha sedaya mampu untuk membantu mama dalam segala urusan.

Setakat nmi dululah ye untuk introduction.Ada banyak lagi topik nak cerita...kita jumpa esok ye..