Powered By Blogger

Wednesday, September 15, 2010

Berpantang....



Amirah(nama isteri) berpantang di rumah mak saya di Bukit Beruang,Melaka.Masa berpantang perasaan bercampur campur.Mama yang masih kesakitan operation tak mampu berjalan betul masa awal awal tempoh berpantang.Ahmad Raif kuat menyusu tapi susu ibu tak mahu nak keluar sangat.Sampai sakit sakit nipple.


Amirah menangis menggigil gigil sebab nipplenya terlalu sakit.Saya nak tolong macam mana?? Tapi tolongkan lah jugak.Beli nipple shield.Masa berpantang memang la kena pantang betul betul.Jangan minum ais! itu yang paling penting. Pati ikan haruan memang kena jadi amalan sebab operation.luka dalaman kita tak tau berapa besar.Baju panas dengan stokin jangan tak pakai.Memang tak nampak kesannya sekarang,tapi bila dah meningkat umur nanti,macam macam sakit datang.


Masa berpantang,Amirah di jaga oleh ibu saya dan juga ibunya.Ibunya saya bawa dari Kuala Kangsar untuk tinggal bersama sepanjang tempoh berpantang.taklah Amirah rasa sedih sangat.makcik yang datang mengurut namanya makcik Nilam.Memang famous makcik ni di kalangan orang orang Melaka.Allah beri kepakaran makcik ni dalam mengurut orang lepas bersalin.Urut lepas bersalin ni dah jadi amalan orang Melayu lepas bersalin.Banyak faedahnya...badan tak lesu sangat.urutan didada untuk melancarkan susu juga harus dilakukan.Insya Allah susu lancar keluar
emak saya yang baju merah,emak Amirah yang baju biru


Ahmad Raif...tak tidur malam sepanjang tempoh maknya berpantang.Menangis je.bersin bersin bila malam.nak kata pasang aircond,rumah mak saya memang terkenal dengan kepanasan tak kira malam atau siang.Sepanjang tempoh berpantang,Ahmad Raif tidur atas riba.Saya pun tertidur tidur sambil pangku anak.Pengalaman....


Mak suruh gi bawak Ahmad Raif berubat dengan dukun.Gi lah jugak.Tapi yang tak syoknya dukun tu marah marah sebab cara saya tanam tak betul...tak betul??? nak tanam macam mana? Dukun suruh letak uri dalam tin sebelum tanam.supaya anak tak sejuk.Nak tanam,bagi salam pada nabi yang jaga tanah.(eh,aada ke nabi yang jaga tanah??)Letak kan paku bersama uri supaya anak kuat.Macam macam lagi dah tak ingat.Tapi saya tak percaya tu semua.Kepercayaan macam tu boleh menyesatkan.Ingat semua,syirik boleh terjadi dalam dua keadaan.Secara terang dan secara rahsia.
saya tanam uri macam biasa je.cuci sampai bersih,balut dengan kain putih,baca al Fatihah...tanam macam biasa.

Saya percaya tidak ada siapa siapa di dunia ni yang boleh memberi manfaat maupun mudarat melainkan ALLAH.Itu yang babah pegang dan terlalu yakin.Jadinya, saya dengar jelah dukun tu marah2 tapi tak amik hati.Silap jugak gi jumpa dukun watpe.hehehehe.



Apa apa pun tempoh berpantang terlalu cepat berlari.banyak jugak perkara yang berlaku tapi tak boleh nak ingat sangat.Terima kasih mama sebab melahirkan anak yang sihat dan cerdik.Syukur Allah kerana kau izinkan aku melalui pengalaman yang indah ini.





















31 comments: