Powered By Blogger

Monday, July 12, 2010

Aktiviti rutin hari berkerja

Assalamualaikum semua...lama rasanya tak menulis dalam ruangan yang terhad ni.Busy la sesangat dengan aktiviti harian.Orang kata jadi cikgu ni banyak masa.Boleh jugak diterima tapi saya punya situasi yang berbeza.Bila jam 1.10 tengahari,kalau cikgu cikgu ni nak start kereta then gerak keluar dari kawasan sekolah,tak ada satu makhluk yang boleh menahan.Itu hak cikgu tu sendiri.Tapi sekarang ni,jarang kita tengok cikgu balik tepat tepat jam 1.10.Ada saje kerja sampingan yang perlu diselesaikan.Ada yang mengemas meja,then rait buku buku latihan pelajar,kalau tidak tidak pun cari bahan dalam internet untuk mengajar pada esok hari ataupun google la apa saje kat internet tu untuk dibaca.Bacalah apa saja,asalkan benda yang dibaca tu mendatangkan manfaat.

Selalunya 1.10 saya akan keluar dari sekolah untuk ke gerai makan yang jaraknya 10 minit perjalanan untuk makan bersama isteri tercinta.Pejabat tempat isteri berkerja tak jauh dari sekolah.Perkara ni saya dah amalkan sekian lama sejak dari zaman bercinta.Walaupun saya berkerja sebagai pum attendant di Gombak satu ketika dulu,saya tetap akan merempit ke Taman Dagang Ampang untuk makan tengahari bersama makwe saya(isteri saya sekarang la..)Lepas makan,vrooom vroomm saya gerak semula ke Gombak untuk sambung kerja.Hari hari macam tu.Time makan yang limited ni kami gunakan untuk bersembang sembang.selalunya sembang sifar je.Taknak serius sangat.Isteri saya pun bukan jenis yang suka ngadu domba.Kalau boleh semuanya tentang kerja dia settle sendiri.Menang sikap dia macam tu.

Lepas makan saya berjalan balik kesekolah dan bersolat zohor.Time zohor ramai cikgu cikgu yang miss.Saya dah melantik secara rasmi pembantu pengurusan murid saya sebagai tukang "bising" kalau saya terleka untuk solat.Di sekolah mereka paling rapat,apa salahnya sesekali kena bebel free.

Lepas solat,saya google sekejap di internet.baca la pape yang patut.Pastu start keta,menuju rumah mak saya yang terletak 30 minit perjalanan dari sekolah.Anak saya Ahmad Raif Idlan,mak saya yang tolong jaga.Di samping dapat tengok anak,dapat la jugak pahala tengok muka mak.Dekat rumah mak,biasanya mak suruh makan tengahari.Ada sajalah lauk lauk simple yang mak dah masak.Selalunya saya kata,"angah dah makan dengan amirah".Mak ok je.Kalu tiba rumah mak,biasanya Ahmad Raif tengah tido,bila saya jengah je pintu bilik mak,bergerak geraklah badan Ahmad Raif.Dia cium bau babahnya la tu.kekadang bila dah gerak,mak tepok tepok peha Ahmad,Ahmad tido balik tapi selalunya terus je bukak mata,then babahnya la terus angkat dia.

Main main dengan anak,guling guling,angkat anak bawa jalan gi tengok ikan dekat akuarium mak,buat susu anak kalau anak dah merengek nak minum adalah rutin saya bila kat rumah mak.Kenalah sabar dalam membesarkan anak.Ibu bapa kita dulu macam tu jugak.Lagilah pulak,time tu serba serbi dalam kekurangan.Tak dapat dibayangkan...

Bila memain memain tu,dengar lah bilal azan.Menandakan dah masuk waktu asar.Saya bersiap sedialah untuk solat.Bestnya kalau dapat solah di surau.(Tanam Azam...) Klau nak buat boleh je kan?

Lepas solat,prepare nak ambil isteri di pejabat yang jaraknya 30 minit dari rumah mak.Isteri balik jam 6 Petang.5.30 saya dah mulakan perjalanan.Macam tu lah tiap tiap hari berkerja.Niatnya hanya satu,untuk membentuk keluarga bahagia.dapat luangkan masa dengan isteri,mak dan juga anak dalam satu hari.Penat memang penat tapi kemanisannya ada.KESABARAN AMAT PERLU dalam kita melakukan perkara perkara yang menuju ke arah pembinaan rumah tangga.Kalu tak sabar...Tak taulah.

Sampai je opis isteri,kekadang kenalah tunggu 10 minit sebab ada kerja yang perlu isteri selesaikan.Tu normal lah orang kerja swasta.Bila isteri dah ada bersama dalam kereta,kitorang pun sembanglah sepanjang jalan tentang apa saje sampailah tiba di rumak mak saya.Bestkan? Harap harapnya diberikan oleh Allah kesihatan yang baik agar dapat membentuk keluarga bahagia.Sampai dirumah sendiri yang letaknya kira kira 7 minit perjalanan dari rumah mak,dah pukul 8 malam.Kalau tak makan kat rumah mak,saya belilah bahan bahan untuk buat bihun sup untuk makanan saya dan isteri pada waktu malam.Lepas makan,prepare barang barang anak untuk bekal ke rumah mak.Seluar,pampers,botol susu,wet tissue dan lain lain.Bukan tak nak tinggalkan kat rumah mak,tapi saya selesa angkut semua benda benda tu.Taklah menyesakkan rumah mak yang dah sediakala "sesak" dengan perabot dan barang barang.Lepas solat isya...tido..

Anak dan Handphone

Salam semua,harini saya kerja overtime!!! takpelah asalkan settle kerja kerja yang terbengkalai.esok ada pemilihan sukan untuk murid murid Pendidikan Khas.Terasa juga nak selit seorang dua untuk seisi pemilihan,manalah tau kot kot ada bakat,tercalonlah olahragawan wakil zon Bukit Cina.Bukan apa,saja nak bagi dorang ni berani sikit.Asik duduk dalam kelas je,bercampur pulak dengan 7 orang je hari hari,biar budak budak ni expose dengan dunia luar.

Ahmad Idlan sekarang dah 6 bulan plus.25 haribulan nanti 7 bulan,cepat sangat masa berlari.Dalam tempoh enam bulan ni,banyak lah perubahan yang dapat babah lihat pada Ahmad Idlan.Perubahan biasalah bagi bayi seusianya,Alhamdulillah.Saya suka juga share share dengan kawan kawan dan dorang kata perkembangan bayi perlu dirangsang.Bila lalu dekat carefore saya ternampaklah handphone mainan yang boleh bunyi-bunyi.So saya bincangkan perkara ni pada mama then mama pun bersetujulah untuk belikan Ahmad handphone tu



Apa yang menjadi kekuatan babah sekarang ialah semangat mama untuk mengepam susu 7 ke 8 kali sehari dan setiap kali seisi pum ialah 15 minit.Bersemangat sungguh nak bagi Ahmad susu terbaik di dunia.SUSU IBU.Babah tak pernah rasa jemu untuk membantu mama membasuh botol susu yang dah kosong sebab Ahmad dah minum,masak bubur kalau mama mengantuk sangat(selalunya mama lah buat...) dan adalah 1 2 perkara yang rutin yanag lain.

Susu ibu sangat sempurna.bukan takat DHA atau apa pun AAA yang dok di gembar gemburkan oleh susu formula,susu ibu ada lebih dari itu.Ahmad akan menjadi anak yang bijak Insya Allah.babah doakan dan begitu juga orang orang yang sayangkan Ahmad,mendoakan yang sama..

Kepada yang rasa susah untuk menyusukan anak dengan susu ibu,babah doakan agar mereka bersemangat macam mama.tak dapat bagi full pun takpe70% susu ibu 30% susu formula pun dah kira baik bagi babah.Kadang kadang dorang ada masalah here and there...Apapun babah doakan agar mama sihat,anak babah sihat,babah sihat,opah pun sihat supaya kita menjadi hamba Allah yang sihat.Amin